Cenderahati Final Fantasy VIII

Semasa bulan pelancaran Final Fantasy VIII di Jepun (11 Februari 1999), sebuah buku panduan permulaan dan sebuah koleksi poskad telah dilancarkan. Ini diikuti pada bulan Mac dengan buku Final Fantasy VIII Ultimania, sebuah buku panduan permainan Final Fantasy VIII yang lebih terperinci disertai dengan temu ramah dengan para pembangun. Sebuah album pelekat (Final Fantasy VIII Seal Book) dan transkrip bergambar bagi permainan (Final Fantasy VIII Memorial Album) masing-masing telah dilancarkan pada bulan Jun dan September. Sebuah buku origami telah dilancarkan pada 19 November 1999.

Pada 22 September 1999, sebuah CD-ROM bertajuk Final Fantasy VIII Desktop Accessories telah dilancarkan. ia mengandungi ikon desktop, kertas dinding komputer, screensaver, dan sebuah aplikasi e-mel. Sebagai tambahan, Final Fantasy VIII Desktop Accessories turut menampilkan edisi permainan mini Triple Triad dari Final Fantasy VIII, membolehkan pemain bermain dengan komputer lain melalui rangkaian kawasan setempat.[44]

Versi Eropah bagi permainan Final Fantasy VIII menyaksikan sejumlah besar cenderahati yang dipakejkan bagi keluaran istimewa tanpa sebarang kos tambahan. Koleksi tersebut dijual dalam bentuk satu kotak segiempat tepat besar yang mengandungi baju T Final Fantasy VIII, sekeping kad ingatan PlayStation serta stiker Final Fantasy VIII terpilih - direka untuk dilekatkan pada kad ingatan PlayStation.

Rujukan

WikiPedia: Final Fantasy VIII http://www.next-gen.biz/index.php?option=com_conte... http://www.empirearcadia.com/community/com-016.htm http://www.empirearcadia.com/home.html http://flaregamer.com/b2article.php?p=81&more=1 http://www.gamasutra.com/newswire/news/index199912... http://www.gamespot.com http://www.gamespot.com/ps/rpg/finalfantasy8/news.... http://www.gamespot.com/ps/rpg/finalfantasy8/news.... http://psx.ign.com/articles/070/070170p1.html http://psx.ign.com/articles/071/071008p1.html